Pages

Friday, June 7, 2013

jenis jenis sholat yang tidak diterima Allah SWT




Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya:


1. Orang yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang yang
mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. orang yang memikirkan sesuatu ketika sholat

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya­­(Taubat).

6.Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

7.Orang yang bertato

8. Imam atau pemimpin yang
sombong dan zalim
menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak
dapat menahannya dari
melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat.Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

No comments:

Post a Comment